More Stories

Monday, January 23, 2017

Terma dan Syarat Langganan Astro

by


Terma dan Syarat Langganan Astro

1. Dekoder Astro ini hanya sah untuk kegunaan di alamat kediaman dan tidak dibenarkan sama sekali digunakan di tempat awam. perniagaan ataupun untuk tujuan komersil. Kos pemasangan ikut promosi hendaklah dibayar semasa pasang. Alatan dekoder dan aksesori lain termasuk wayar 20 meter diberi percuma. Caj tambahan keatas alatan tambahan atau wayar tambahan mungkin akan dikenakan jika yang diberi tak mencukupi.

2. Langganan Astro mestilah aktif untuk tempoh minima berterusan selama 24 bulan daripada tarikh pengaktifan pada kadar yuran langganan minima dan sekiranya gagal, yuran RM500 akan dikenakan secara prorata ke atas akaun Astro anda

3. Selepas tamat tempoh langganan minima, sekiranya anda ingin menamatkan langganan, anda dlkehendaki memberi tempoh 30 hari notis dan dlkehendaki menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh tersebut.

4. Segala yuran langganan bulanan harus dibayar SEBELUM tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang pemotongan perkhidmatan Astro.

5. Astro berhak untuk mengubah perkhidmatan, kadar yuran dan syarat - syarat langganannya pada bila - bila masa. Notis akan diberi.

6. Dalam keadaan di mana langganan ditamatkan atau dipotong. anda mestilah memulangkan "Smart Card" / Kad Pintar ke mana-mana peiabat Astro.

7. Sekiranya terdapat kehilangan atau kerosakkan "Smart Card" / Kad Pintar pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Anda boleh menukar gantikannya daripada pihak Astro dengan bayaran RM80.00 atau apa-apa caj yang ditetapkan oleh pihak Astro.

8. Bagl mengaktifkan semula langganan anda akibat pemotongan disebabkan bayaran tldak diterima, YURAN PENYAMBUNGAN sebanyak RM20.00 akan dikenakan.

9. Jika anda ingin menukar pilihan Pakei Program pada bila-bila masa selepas pendaftaran, YURAN PENTADBIRAN sebanyak RM10.00 akan dikenakan terhadap semua penurunan taraf dan penggantian lateral pakej langganan. Kecuali yang memilih pakej Nilai pek RM75 hendaklah melanggan selama minima 6 bulan, pengurangan pakej boleh dibuat selepas 6 bulan.

10. Jika anda memilih pakej Superpack (RM133 @ RM155 sebulan) bersama jenis dekoder Byond PVR (Fungsi rakam) hendaklah melanggan selama minima 6 bulan, pengurangan pakej boleh dibuat selepas 6 bulan.

11. Pelanggan HD / PVR: Anda terikat untuk membayar yuran bulanan perkhidmatan HD sebanyak RM20/RM12 atau/dan yuran perkhidmatan PVR sebanyak RM10 iika anda memilih HD atau/dan PVR sebagai perkhidmatan tambahan anda, (Kecuali pakej Superpack)

12. Kontrak langganan perkhidmatan HD tertakluk untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 (Satu) tahun bermula daripada tarikh bil pertama perkhidmatan HD (pelanggan HD sahaja)

13. Yuran perkhidmatan HD yang telah dipersetujui sebanyak RM240 akan dikenakan secara prorata ke atas akaun Astro anda jika anda gagal untuk memenuhi syarat tempoh minimum langganan perkhidmatan HD. (pelanggan HD sahaja)

14. Kotak Astro Byond dan alatan tambahannya adalah hak milik Astro dan tldak boleh dipindah milik.

15. Astro akan bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kotak Astro Byond selagi yuran langganan bulanan Astro anda dibayar dan menggunakan kotak itu bagi kegunaan yang sebenar dan tidak menyalahgunakannya.

16. Yuran langganan bulanan anda tertakluk kepada caj Cukai Perkhidmatan Kerajaan sebanyak 6%.

17. Pihak Astro berhak menyemak, memproses dan meluluskan permohonan / menangguh / membatalkan sekiranya berlaku masalah atau keraguan.

18. Servis pindah alatan Astro ketempat lain didalam Malaysia adalah percuma, dengan syarat mesti hubungi Astro centre 7 hari awal sebelum pindah, akaun masih aktif dan tiada tunggakkan. (Percuma untuk pemasangan biasa)

19. Alatan Astro jaminan percuma selagi melanggan servis, jika berlaku kerosakkan hanya perlu hubungi Astro centre untuk buat aduan dan wakil teknikal akan membantu anda samaada didalam talian atau datang kerumah anda.

Saturday, January 21, 2017

Pek Astro Family RM42.35 Sebulan

by


PAKEJ BULANAN FAMILY PACK

RM42.35 SAHAJA & BOLEH TAMBAH APA2 PAKEJ

Kos Pemasangan hanya "RM35.00"

* ANDA AKAN MENERIMA SET ASTRO BYOND ZAPPER, PIRING SATELIT PENERIMA, REMOTE CONTROL, CABLE 20 METER, SMARTCARD, HDMI CABLE.

* PEMASANGAN AKAN DILAKUKAN DALAM MASA 3-5 HARI BERKERJA.

* KONTRAK LANGGANAN ADALAH SELAMA 24 BULAN (2 TAHUN)


CARA MEMOHON

=> Salinan mykad depan belakang yang jelas.
=> Salinan pasport depan belakang dan visa (bukan warganegara Malaysia)
=> No telefon untuk dihubungi
=> Pilihan Pakej yang ingin dilanggan

Whatsapp ke 013-9790000

Kadar Caj Pakej Astro

by

Kadar Caj Pakej Astro

PVR SERVIS RM10.60
HD SERVIS RM26.50
THANGATHIRAI RM7.37
MUSTIKA RM13.73
NEW EMPEROR RM23.27
GOLD RM13.73
INDO PEK RM12.72
METRO RM8.48
BABY TV RM5.30
MAHARAJA RM13.73
TAYANGAN HEBAT RM10.55
CHAKRAVARTHY RM13.78
KOREAN RM10.60
BOLLY ONE HD RM5.30
A-LIST RM15.90
GOLF CHANNEL RM53.00
WWE RM15.90
SETANTA SPORTS RM53.00
ASTRO CRICKET RM53.00


Tempoh Permohonan Astro dan Sebab-Sebab Daftar Astro Ditolak

by


Kebiasaannya setiap permohonan Astro yang baru akan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya pendaftaran yang dibuat terus kepada Agen Astro seperti kami, jika tiada sebarang masalah permohonan akan siap dalam masa 3 - 4 hari sahaja.

Untuk mempercepatkan permohonan anda hendaklah memberikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan juga gambar mykad yang jelas.

Bagaimana permohonan Astro anda diproses:

- Anda menghantar Nama, Alamat Pemasangan yang lengkap, Alamat bil (jika berlainan dengan alamat pemasangan), No. Telefon untuk dihubungi (lebih baik beri 2 nombor) dan juga pakej yang ingin dilanggan.

- Permohonan anda akan diserahkan kepada bahagian pengesahan (validation).

- Validation Department akan menelefon pemohon untuk tujuan pengesahan. Anda perlu menjawab panggilan ini jika tidak, pemasangan akan menjadi lewat.

- Sekiranya maklumat pemohon yang diterima adalah sah dan tepat, pihak Astro akan membuka akaun baru dan memberikan nombor akaun.

- Selepas itu, permohonan anda akan dihantar kepada installer yang terdekat dengan alamat anda untuk tujuan pemasangan. Tarikh pemasangan akan diberi.

- Installer Astro akan menelefon pemohon untuk tujuan pemasangan. Anda boleh ubah tarikh dan masa pemasangan dengan berbincang dengan installer. Tarikh pemasangan sebenar tidak semestinya tarikh asal yang diberikan oleh pihak Astro HQ Kuala Lumpur.

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, sila hubungi Agen Astro yang mendaftarkan Astro anda. Mereka boleh memaklumkan sebab kenapa permohonan Astro anda tidak berjaya. Antara sebab permohonan Astro tidak diluluskan adalah:
-Pemohon gagal menjawab panggilan telefon dari Bahagian Validation Astro.
-Pemohon mempunyai akaun Astro lama yang tertunggak. Ia dipanggil pemohon yang blacklisted. Walaubagaimanapun, ada juga dalam sesetengah kes, permohonan blacklisted ini diluluskan oleh pihak Astro.
- No. telefon yang didaftarkan mempunyai tunggakan akaun.
- Belum cukup umur di mana pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Jika sekiranya permohonan anda ditolak, jangan risau. Kami boleh bantu anda untuk mendaftarkan Astro anda sekali lagi dengan menggunakan nama ahli keluarga anda yang lain seperti isteri atau adik-beradik.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda yang berminat untuk mendaftar dan memasang Astro di rumah.


Friday, January 20, 2017

Cara Daftar Astro

by

Cara mendaftar Astro

Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Astro adalah seperti berikut:

Gambar mykad depan dan belakang yang jelas 
Alamat rumah untuk pemasangan
E-mail untuk penghantaran bil (jika ada)
2 nombor telefon bimbit / pejabat / rumah
Pakej yang hendak dilanggan
*Gambar atau salinan mykad hendaklah dituliskan / palang dengan perkataan : “Kegunaan Astro Sahaja” / “Astro Only”.

Hantar maklumat dan gambar mykad melalui Whatsapp ke nombor : 013-9790000

Selepas mendaftar, pihak Astro HQ pada bila-bila masa akan menghubungi anda untuk pengesahan dan temujanji pemasangan, pastikan anda menjawab panggilan itu dengan segera untuk melancarkan proses pemasangan.

Top Ad 728x90


Top Ad 728x90