Saturday, January 21, 2017

, ,

Tempoh Permohonan Astro dan Sebab-Sebab Daftar Astro Ditolak



Kebiasaannya setiap permohonan Astro yang baru akan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya pendaftaran yang dibuat terus kepada Agen Astro seperti kami, jika tiada sebarang masalah permohonan akan siap dalam masa 3 - 4 hari sahaja.

Untuk mempercepatkan permohonan anda hendaklah memberikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan juga gambar mykad yang jelas.

Bagaimana permohonan Astro anda diproses:

- Anda menghantar Nama, Alamat Pemasangan yang lengkap, Alamat bil (jika berlainan dengan alamat pemasangan), No. Telefon untuk dihubungi (lebih baik beri 2 nombor) dan juga pakej yang ingin dilanggan.

- Permohonan anda akan diserahkan kepada bahagian pengesahan (validation).

- Validation Department akan menelefon pemohon untuk tujuan pengesahan. Anda perlu menjawab panggilan ini jika tidak, pemasangan akan menjadi lewat.

- Sekiranya maklumat pemohon yang diterima adalah sah dan tepat, pihak Astro akan membuka akaun baru dan memberikan nombor akaun.

- Selepas itu, permohonan anda akan dihantar kepada installer yang terdekat dengan alamat anda untuk tujuan pemasangan. Tarikh pemasangan akan diberi.

- Installer Astro akan menelefon pemohon untuk tujuan pemasangan. Anda boleh ubah tarikh dan masa pemasangan dengan berbincang dengan installer. Tarikh pemasangan sebenar tidak semestinya tarikh asal yang diberikan oleh pihak Astro HQ Kuala Lumpur.

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, sila hubungi Agen Astro yang mendaftarkan Astro anda. Mereka boleh memaklumkan sebab kenapa permohonan Astro anda tidak berjaya. Antara sebab permohonan Astro tidak diluluskan adalah:
-Pemohon gagal menjawab panggilan telefon dari Bahagian Validation Astro.
-Pemohon mempunyai akaun Astro lama yang tertunggak. Ia dipanggil pemohon yang blacklisted. Walaubagaimanapun, ada juga dalam sesetengah kes, permohonan blacklisted ini diluluskan oleh pihak Astro.
- No. telefon yang didaftarkan mempunyai tunggakan akaun.
- Belum cukup umur di mana pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Jika sekiranya permohonan anda ditolak, jangan risau. Kami boleh bantu anda untuk mendaftarkan Astro anda sekali lagi dengan menggunakan nama ahli keluarga anda yang lain seperti isteri atau adik-beradik.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda yang berminat untuk mendaftar dan memasang Astro di rumah.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90